Sabtu, 22 Februari 2014

Tips penjagaan sugar glider

1. Kandang
Prinsipnya, kandang yang digunakan semakin besar dan tinggi akan semakin bagus kerana sugar glider sangat menyukai aktiviti memanjat dan melompat. Ukuran kandang boleh digunakan dengan ukuran jaring yang cukup kecil (+- 1,2cm) untuk mencegah sugar glider keluar dari kandang. Di dalam kandang sebaiknya diletakkan cabang/dahan2 pokok untuk sugar glider boleh memanjat dan bermain2. Sebaiknya hindari dahan yang diambil dari tanaman yang menghasilkan getah kerana boleh membahayakan kesihatan dari haiwan ini. Selain itu boleh diletakkan kotak sarang untuk sugar glider boleh bersembunyi, bahannya boleh dari apa saja , seperti tempurung kelapa, pipe PCV,dll. Selain itu kandang boleh dilengkapi dengan mainan seperti wheel untuk hamster dan mainan2 lainnya untuk sugar glider boleh bermain2.
Kandang juga boleh diletakkan di dalam maupun di luar rumah, hanya saja hindari penempatan kandang dalam ruang AC. Jika diletakkan di dalam, kandang mesti selalu dibersihkan untuk menghindari bau yang tidak menyenangkan (biasanya dari teritorial marking jantan). Jika kandang yang digunakan tidak terlalu besar, biarkan sugar glider untuk bermain2 di luar kandang setiap hari selama beberapa menit (dalam hal ini sudah harus jinak dahulu) dan kalau boleh diletakkan di tempat yang cukup tinggi seperti di atas meja.

2. Makanan dan minuman
Sugar glider juga memerlukan air minuman. Air bersih harus disediakan sepanjang hari, boleh diletakkan dalam bekas kecil yang berat sehingga tidak mudah tumpah pada saat sugar glider bermain2. selain itu makanan yang boleh di berikan seperti buah2an dan serangga. Buah yang boleh diberikan seperti betik, pisang, anggur, tembikai, epal, pear, dll sangat disukai oleh sugar glider, terutama buah yg manis.Hindari dari buah yang berasal dari jenis masam, dan bangsa bawang2 kerana boleh membahayakan kesihatan sugar glider. Selain itu boleh juga diberikan sayuran seperti karot, salat, ubi rebus. Sugar glider setiap hari membutuhkan protein dalam jumlah yang cukup besar (mencapai 40%). Oleh kerana itu jika memberikan buah2an boleh diberi tambahan berupa serangga (cengkrik, belalang) dan ulat untuk memenuhi keperluan proteinnya. Jenis makanan yang diberikan sebaiknya bervariasi. Misalnya di lakukan rotasi setiap 3 hari, yaitu buah2 dengan serangga, sayur dengan ulat, dan cat food. Jenis2 ini selalu diberikan secara bergilir untuk memenuhi kebutuhannya. Jika mendapatkan diet yang betul sugar glider akan hidup dengan sihat. Hindari memberikan vitamin kepada sugar glider karena hal ini boleh mengakibatkan sugar glider menjadi bau.

3. Menjinakkan Sugar Glider
Seperti yang sudah dikatakan sebelumnya, Sugar Glider merupakan haiwan yang bersifat sosial sehingga boleh dilatih untuk dekat dengan pemiliknya. Pada hari pertama sugar glider tiba di rumah, sebaiknya dibiarkan dulu selama 1-2 hari untuk membiasakan diri dengan kawasan sekitarnya sehingga dia tidak merasa asing lagi. Sugar glider juga boleh diletakkan di ruangan di mana kita biasa melakukan aktiviti harian . Setelah terbiasa, kita boleh mulai mencuba untuk menawarkan treat berupa cengkrik atau ulat. Setelah terlihat lebih tenang perlahan2 masukkan tangan ke dalam kandang, dan makanan diletakkan di atas telapak tangan sampai Sugar Glider mahu menghampiri. Biasanya pada siang hari waktu tidur, Sugar Glider lebih tidak aktif. Perlahan masukkan tangan dan lihat reaksinya. Jika tidak ada reaksi mengancam, perlahan2 sentuh bahagian tubuhnya (diusap perlahan). Cara lain adalah dengan memberikan kantung untuk Sugar Glider, boleh juga dari stokin. Sugar Glider sangat suka bersembunyi di dalamnya. Setelah itu kita boleh membawanya di dalam kantung tersebut melakukan aktiviti seharian kita. Sugar Glider boleh diletakkan dalam kantung seluar yang tidak terlalu ketat. Intinya dibiasakan agar Sugar Glider kenal dengan bau kita, dan pada saat tidur itu dia merasa cukup tenang. Setelah terbiasa, Sugar Glider biasanya akan lebih jinak dan bisa diajak bermain2.

*SELAMAT MENCUBA.....